TERKINI!!
Salam semua. Dipagi jumaat yang mulia ini marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T serta perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita akan peroleh keberkatan dan keredhaan dari-Nya. Insyaallah.
Ini ada satu cerita yang hendak aku kongsikan bersama pembaca tentang isu kalimah Allah. nak cakap banyak aku bukannya arif sangat. Biarlah ulama dan orang lebih berkelayakan bercerita tentangnya.
Mengikut sejarah yang telah tertulis. Negara Malaysia sudah merdeka sejak lebih 50 tahun lamanya. Manakala Sabah dan Sarawak sudah berada dalam persekutuan Malaysia selama tempoh 40 tahun. Masyarakat Kristian di Sabah & Sarawak yang tidak pandai dan mahir bahasa Inggeris didakwahkan dalam bahasa Melayu. Jauh lebih lama berbanding kalangan yang menggunakan kitab bible dari Indonesia yang telah menggunakan nama Allah.

“Tiada Masalah, Tiada Isu Kalimah Allah yang timbul”
Setiap penerbitan perlu mendapatkan
permit kebenaran Kementerian Dalam Negeri. Hakikat sebelum ini, Bible
Melayu, suratkhabar untuk pengedaran orang Kristian perlu dapatkan
kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN). Maknanya ada pengawasan.
Akhbar dan Bible mereka tidak boleh berbuat sesuka hati. Sentiasa akan
dipantau daripada masa ke semasa.
“Tiada Masalah, Tiada Isu”
Isu Kalimah Allah : Bila Timbul Isu?
Bila agaknya mula menjadi isu?Apabila persatuan Kristian dilihat menyokong perjuangan BERSIH .
Sejak itu Kementerian Dalam negeri (KDN) “mula bangkit” dan buat hal.
Herald tidak diberikan permit, kitab Bible dalam bahasa Melayu ditahan
di pelabuhan atas alasan mereka menggunakan kalimah Allah. Dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula menimbulkan alasan tidak
bersandarkan nas, bersandar emosi dan sentimen semata yang mana Allah
untuk orang Islam.
Sememangnya semenjak merdeka hingga beberapa tahun lepas, pihak gereja
tidak ambil pusing mengenai politik di Malaysia. Allah digunapakai oleh
masyarakat Kristian yang didakwahkan dalam Bahasa Melayu tanpa sebarang
masalah. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri membenarkannya selama
ini dan tidak buat “kacau”
Bukan kami untuk memberikan kebenaran
samada boleh atau tidak, kalimah Allah ini dibenarkan. Ramai lagi pakar
agama dan ilmu tokoh agama yang berhak memberikan ulasan daripada sudut
nas di Malaysia. Tetapi…..tetapi yang masalahnya sekarang ini, isu ini telah dipolitikkan. Apabila pihak gereja mula sahaja dilihat cenderung kepada aspirasi pembangkang, tiba-tiba sahaja Allah adalah hak ekslusif. Begitulah agama dipolitikkan sekarang ini di Malaysia.
Sebenarnya
isu ini sudah reda seketika, tiba-tiba Lim Guan Eng tampil ibarat
seorang pejuang untuk kembali menghangatkan kembali keadaan dengan
menuntut semua penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah
dalam bible mereka
Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat pun sebulat suara bersetuju dan sehaluan dengan pendapat Lim Guan Eng.
Kalimah Allah di Selangor Diharamkan Untuk Kristian
Akhirnya atas perintah Diraja, Sultan
Selangor mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah,
khusus di negeri Selangor. Menteri Besar Selangor akur dengan perintah
Sultan Selangor.
Terkini Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri
Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan
kalimah “Allah” termasuk lagu negeri Selangor terpaksa ditukar dengan
keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang
bukan Islam sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang
dikeluarkan oleh Sultan Selangor.
Nampaknya pandangan Dr. Asri kali ini
lebih vokal. Kata beliau, Malaysia didominasi Islam mempunyai 13 buah
negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi
perkataan “Allah” di dalam liriknya.
Lagu kebangsaan, “Negaraku”, tidak
mengandungi perkataan Arab “Allah” tetapi menggunakan perkataan Melayu,
“Tuhan”. Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama
persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan
secara bebas.
Tidak bolehkah untuk isu agama ini, pemimpin
Kristian & tokoh agama Islam dan juga pelbagai pihak termasuk
pemimpin politik baik daripada Pakatan rakyat mahupun Barisan Nasional
duduk di bawah “satu payung” untuk bertemu dan berbincang.
Ketepikan sebentar fahaman & ideologi politik masing-maisng.
Buangkan sikap ego. Sebenarnya isu kalimah Allah ini boleh dislesaikan
dengan mudah, tetapi entahlah “ramai pihak” suka melihat isu ini menjadi
bertambah “kronik” & “panas”.
Ustaz Azhar Idrus pun ada mengeluarkan pendapat:-
Realiti di Malaysia, masyarakat
kita mudah “keliru” dan melatah. Jadi, harapan kami selesaikan isu yang
ada satu persatu terlebih dahulu.
P/S :tapi kalau macai pun bersuara macam2 fatwa di keluarkannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan