Halaman

14 Januari 2013

Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

TERKINI!!

Himpunan KL112 LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

Sabtu 12 Januari 2013 akan berlangsungnya Himpunan Rakyat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Dalam pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Najib pun ada adakan Himpunan bersamanya di Dataran TESCO Bandar Rinching Semenyih. Ada orang Lembah Klang yang dapat mesej seperti ini?

Himpunan Najib 12 Januari LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

Walaubagaimanapun, belum pun bermulanya Himpunan Rakyat #KL112 pada petang ini sudah terasa bahangnya. Mengapa?
Berita terkini, Deepak sedang menunggu “signal” supaya Pakatan Rakyat melalui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng menjamin imuniti kepadanya apabila Pakatan rakyat memerintah kerajaan Malaysia dan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Pakatan Rakyat perintah kerajaan?
Deepak dikatakan akan membongkar segala maklumat & kegiatan salah laku serta rasuah berkaitan pemimpin & personaliti peringkat tertinggi negara yang mana Deepak sendiri pernah terlibat dengan mereka sebelum ini.
Kalau lulus, Deepak dikatakan akan naik ke pentas dan beliau mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka. Apa pendedahannya? Entahlah….kami tiada idea. Tetapi yang pelik dan menariknya sehingga ke hari beberapa pendedahan telah dibuat oleh Deepak, tetapi SPRM dilihat hilang entah ke mana ketika ini, belum kedengaran lagi Deepak disiasat. Sibuk agaknya SPRM dengan kes lain yang “lebih besar” dan “bahaya kepada negara”. Mungkin?
Sebelum itu boleh semak laporan berita berkaitan di sini.
4:49 petang : Nyanyian lagu negaraku bersama hadirin yang ahdor dalam Himpunan Rakyat KL112 kali ini di dalam Stadium Merdeka sebelum mula bersurai selepas itu
4:55 petang : Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin bacaan doa bagi mengakhiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
4:45 petang : Saifuddin Nasution mengetuai pembacaan deklarasi KL112 Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengandungi 10 tuntutan yang diikuti para peserta perhimpunan

KL112 Anwar Ibrahim LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang! 

4:24 petang : Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang memulakan ucapannya dan berjanji untuk mempelawa rakyat sekali lagi dijemput ke Stadium Merdeka sekali lagi andaikata mereka berpeluang memerintah kerajaan dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Dalam ucapannya, beliau turut mengulangi janji-janji Pakatan sebelum ini tentang Pembatalan PTPTN serta menurunkan harga minyak, hapuskan tol dan AES. Anwar ibrahim turut mengulangi akan mendengar dan peka dengan semua tuntutan rakyat.
3:51 petang : Presiden PAS memulakan ucapannya. Memuji pentadbiran negeri-negeri yang diperintah Pakatan rakyat. Menemplak dasar kerajaan yang menindas rakyat. Katanya…
3:45 petang : PDRM menarik balik pengumuman mereka sebelum ini pada 2.51 petang yang mengatakan jumlah kehadiran peserta Himpunan Rakyat mencecah 80,000 kerana berlkaunya kesilapan teknikal. Jumlah sebenarnya akan diumumkan selepas ini..

Twitter PDRM LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

3:39 petang : Pemimpin seperti Mat Sabu selesai , Lim Guan Eng sedang menyampaikan ucapannya kepada peserta Himpunan Rakyat. Seperti biasa ucapan pemimpin pembangkang dipenuhi dengan ucapan menghentam dasar kerajaan contohnya AES, rebat RM200 telefon pintar, BR1M 2.0 dan lain-lain lagi kerana beliau melihat insentif itu sebenarnya “seperti “tangan kanan memberi, tangan kiri ambil balik”.”

UPDATE Gambar KL112 LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

3.17 petang : Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk “Ubah”, disusuli dengan deklamasi sajak oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
3:12 petang : Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap. Sebelum berucap beliau melaungkan ‘Undur Isa Samad”. Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.
“Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan. Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya,” katanya.
3:03 petang : Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.
“Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13,” katanya.
3:02 petang : Dianggarkan lebih daripada 100,000 membanjiri Stadium Merdeka sekarang ini
2:40 petang : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.
2:31 petang : Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.
2:30 petang : Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.
2:21 petang : Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas. Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil. Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.
2.10 petang : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam Stadium Merdeka

Gambar Stadium Merdeka LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang! 

1:43 petang : Gambar peserta-peserta yang hadir dalam Himpunan Rakyat kali ini berjaya di rakam. Peserta yang diluar stadium dilihat mula bergerak perlahan-lahan untuk memasuki Stadium Merdeka.
1.32 petang : Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar seramai lebih 15,000 yang berada di Jalan Sultan. Aktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya.
1:17 petang : Setakat ini iaitu kurang 2 jam sebelum bermulanya acara Himpunan Kebangkatan Rakyat dianggarkan sekitar 60,000 peserta Himpunan Rakyat membanjiri Kuala Lumpur.
1:00 petang : Di Jalan Tun Perak – Kumpulan  peserta yang melalui melalui kawasan di hadapan Menara Maybank sedang menuju ke Jalan Sultan.
Sambil berarak mereka melaungkan slogan “Bangkit rakyat”, “Kita lawan, rejim korup” dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan “Keadilan untuk Teoh Beng Hock”.
12:46 tengahari : Hujan rintik-rintik mula turun di sekitar LRT Pasar Seni. Di sini, ada ratusan peserta Himpunan Rakyat yang turut bergerak ke stadium

Gambar Himpunan Stadium Merdeka LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

12:41 tengahari : Gambar peserta dari arah Masjid Negara & Mahkamah Tinggi dirakam. Kelihatan juga kumpulan dari arah KLCC juga sudah mula bergerak. Sekurang-kurangnya 20,000 peserta Himpunan Rakyat sedang menuju ke arah Stadium Merdeka. Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

12:20 tengahari  : Stadium Merdeka mula dimasuki perserta Himpunan Rakyat.

Video Himpunan Rakyat LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

12:11 tengahari : Masuk waktu makan, ada peserta yang mengambil peluang untuk berehat sebentar mengisi perut masing-masing dan mula memenuhi di restoran-restoran yang berdekatan dengan mereka. Keadaan dilihat masih lagi terkawal.
Tidak kedengaran lagi pemilik restoran dan kedai-kedai berdekatan restoran kerugian akibat kekacauan, kecurian dan kerosakan harta benda mereka.
11:45 pagi : Orang ramai sudah semakin mula memenuhi perkarangan di sekitar Stadium Merdeka

Gambar Himpunan Rakyat LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang!

11:30 pagi : Peserta Himpunan Rakyat yang berkumpul dari awal pagi di Masjid Negara berjumlah 10,000 orang dilihat mula bergerak untuk menuju ke arah Stadium Merdeka
11:10 pagi : Kelihatan 5,000 peserta Himpunan Rakyat sudah mula berkumpul di sekitar Stadium Merdeka. Walaubagaimanapun, Stadium Merdeka masih lagi ditutup.
10.55 pagi : Di Masjid Al-Rahman pula, kelihatan Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan satu lagi yang majotritinya adalah daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan ‘Mahasiswa mahu tukar kerajaan’. Mereka sekarang ini bergerak bersama-sama menujuke Brickfields.
10.30 pagi : Pada waktu ini ada sekitar 3,000 peserta yang terdiri daripada termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC

Himpunan Masjid Negara LIVE Himpunan Rakyat #KL112 : Lebih 100,000 Membanjiri Stadium Merdeka. Himpunan Selesai Jam 5:00 Petang! 

9 :30 pagi : Orang ramai sudah mula membanjiri beberapa tempat termasuk Kelab Sultan Sulaiman & juga perkarangan Masjid Negara ketika ini. Macam warna baju yang ada. Ada kuning (Bersih), hijau (LYNAS &alam Sekitar) sehingga melimpah ke stesen keretapi.
Lalu Lintas masih lagi terkawal. Dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.

Tiada ulasan: