Halaman

20 Disember 2012

UEFA Champions League Draw..Undian Liga Juara-Juara Eropah

Semalam aku tidur awal..taktaulah pasal ape..pening kepala kot..dalam mase nak tidur tu aku macam terfikir ade benda menarik malam ni tapi tak pasti ape die..ah lantak lah..tadi aku nak pergi keje dengar berita tentang undian liga juara2..adusss...lupa pulak..benda ni la kot yang aku terlupa semalam hehehe..

Kat sini aku nak bagi ulasan setiap perlawanan dan jadual pertembungan pasukan2 juara yang sememangnya  menjanjikan aksi-aksi kelas dunia..emm mane nak mula..ok saya ambil perlawanan tumpuan dulu..

1) Real Madrid (ESP) v Man. United (ENG)
Ulasan: Pertembungan kedua-dua pasukan ni sememangnya terbaikkk!!aku memang tunggu MU jumpa       pasukan dari spain tak kiralah barcelona ke madrid ke..baru syok..kat sini kite akan tengok bagaimana 2 seteru utama berjumpa kembali, Alex Ferguson dengan Jose mourinho..derang ni kalau mase kat EPL dulu cam anjing kucing..asik perang psikologi je..kat perlawanan ni juga kita boleh lihat bagaimana C.Ronaldo beraksi dengan bekas kelabnya..perlawanan kelas A ni bai..

2) Milan (ITA) v Barcelona (ESP)
Ulasan: Game ni pun agak menarik..Dua2 kelab mempunyai sejarah tersendiri..barcelona macam biase la, messi xavi iniesta..messi pun dah pecahkan rekod yang selama ini di pegang oleh Gerd Muller dan Pele..memang terbaikla budak ni..Milan pun mempunyai penyerang yang berkaliber seperti El Shawrawy, top scorer dalam serie A..baek juga tu..Tapi tengok rekod Milan sik kena je ngan barca..taktaula tahun ni macam mane..

3) Arsenal (ENG) v Bayern (GER)
Ulasan: Sebenarnya team aku Arsenal..bila dengar jumpa bayern, alamak..payah tu..rekod bayern kat bundesliga pun bukan main form lagi..Arsenal aku harapkan membeli pemain2 bertaraf dunia..penyerang terutama sekali..barulah mengancam..kesian aku tengok santi dengan wilshere kat tengah..hantar bola tak dapat finishkan..bayern pun memang tak payah cerita panjang lebar la..sume org tau rekod pasukan ni..Finalis 2011/12 katekan huhu..

4) Celtic (SCO) v Juventus (ITA)
Ulasan:Celtic membuat kejutan dalam pertembungan dengan Barca di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan juara tersebut..tak dapat di nafikan pada kejohanan besar ini pasukan kerdil banyak membuat kejutan..ni dah jumpa Juventus ni tengok sapa yang terkejut..Kekuatan Juventus ialah pada midfield nya yang bertaraf dunia iaitu Andrea Pirlo..

5) Shahktar Donetsk (UKR) v Dortmund (GER)
Ulasan: Jangan melihat pasukan dari ukraine ini sebagai pasukan pelengkap jadual..juara edisi lepas pun kena dengan mereka (chelsea la hahaha)..nama je pasukan dari ukraine tapi ramai brazil siot..memang kelas..Dortmund pulak barula edisi kali ni dowg tunjukkan kemampuan sebenar pasukan mereka..dengan gandingan bahaya Reus dengan Gotze mampu menggegarkan kejohanan kali ini..

6) Valencia (ESP) v PSG (FRA)
Ulasan: Valencia menjadi wakil ketiga dari sepanyol yang layak beraksi bersama 16 pasukan yang lain..sejarah valencia ni lebih kurang arsenal la..develop player, kasi jual..tapi tidak ketandusan pemain yang berbakat..sentiasa memberi cabaran kepada pasukan gergasi yang lain..PSG lebih kurang Man City la..sume player beli tapi bukan kecik2 anak..zlatan and da geng..berjuta beb belanja..tapi aku rase la pasukan ni  kantoi sampai suku akhir je..hehehe..

7) Porto (POR) v Malaga (ESP)
Ulasan: Porto bekas juara pada edisi 2004 ini tak dapat dinafikan sebagai pasukan berpengalaman dalam cabaran UCL..player ramai yang keluar tapi still mengancam lagi..kembar valencia ngan arsenal..buat player kasi jual..Malaga pula pasukan ke 4 dari sepanyol..di kendalikan oleh Manuel Pelegrini yang sememangnya berpengalaman membimbing pasukan2 besar juga mampu membuat kejutan pada edisi kali ini..cazorla punya bekas kelab.

8) Galatasaray (TUR) v Shalke 04 (GER)
Ulasan: Kelab tunggal dari turki ini juga layak berksi bersama 16 pasukan terakhir..galatasaray yang ak minat fan die kat stadium..tapi tak boleh lawan Ultras malaya..hahaha..Shalke pulak dikejutkan dengan pemecatan pengurus beliau..xtau la leh g ke tidak..aku ramalkan galatasaray pegi..


Edisi kali ini mengundang banyak kejutan dengan juara edisi tahun lalu Chelsea tersingkir tapi tak bungkus terus la..dowg sertai europa league pulak..Man City yang diundang bersama pasukan juara yang juga tersingkir..ini terus bungkus..main liga tempatan jela..hahah

sekian dari saya..kalau rasa bahasa saya agak kasar abaikan jela yek..sorry carnal..nak hantarkan comment leh terus tulis..GO GUNNERS!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

kepada peminat pasukan yang lain boleh tuliskan ulasan disini..