Halaman

20 Disember 2012

Arsenal oh Arsenal..

Masuk tahun aku rase dah hampir 10 tahun aku follow team dari EPL ni..paling manis mase season 2003/04 dimana team ni tak pernah kalah walau satu game pun sepanjang liga berlangsung..time tu aku kat kolej..member2 aku banyak sokong man. united..teruk kena dengan aku..time aku dulu ada 3 fan je..MU, Arsenal ngan Liverpool..macam Chelsea n Man City ni baru je..lepas jutawan yang buta bola beli kelab derang..

Chelsea mase mula2 Mourinho masuk agak kuat la..dowang beli pemain yang talented dari serata dunia..Drogba dulu memang mengancam..Makalele lagi..memang kuat la team ni..Mourinho diambil pasal baru menang Champion League bersama Porto..Gaji dia pun tggi gak la mase tu..

Berbalik pada Arsenal FC sekarang..selepas dari season 2003/04 tu..pemain2 bintang dari kelab tu telah mula mencari cabaran baru seperti ashley cole, viera dan henry..paling cepat blah cole la..dan2 sain dengan chelsea..selepas dari tu mula lah episod kebangangan team ni..sorang demi seorang pemain bintang meninggalkan kelab ni..

Bermula dari Cole hingga lah Van Persie..aku tak taulah..ini macam tidak adil pada penyokong kuat arsenal..kontrak walcott pn susah mau deal ka..mau untung je..beli je stadium besar, abih lingkup kelab..nak kate lingkup sangat takdelah..cuma suam-suam kuku..dah hampir 7-8 tahun tak pegang trofi..trofi mickey mouse pun susah nak pegang ni apatah lagi trofi liga juara-juara..

Aku sebagai peminat tegar arsenal Fc berharap Wenger dapat la beli player yang betul2 boleh membantu kelab..jangan lah sekadar melepaskan batuk di tangga..macam Gervinho, Arshavin, Chamakh, Giroud la..memang orang cakap bagi dowang mase..tapi berapa lama boleh bagi..baru2 ni kalah dengan team Bradford..adoiyainyepun..tak tau nak cakap ape lagi..

Tiada ulasan: