Halaman

3 Januari 2013

Permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM 200) Bermula 1 Januari 2013 – Senheng Dan SenQ Antara Pengedarnya

TERKINI!!

Salam semua..di pagi jumaat yang indah ini diharap dapat memberi 1001 rahmat dan keberkatan kepada kita semua insyaallah..

Masuk je opis macam biasela..buka laptop,tengok balik kerja yang tak siap semalam..bila aku duduk nak sambung kerja aku tiba2 ofismate aku pun cakap..dia ni agak senior la..dia pun tanya aku "ko taknak apply ke rabat kerajaan bagi ni??leh tukar HP baru??..laa setakat RM 200 ratus tu apa la sangat bang oii..tapi takpe la aku cube apply kat SKMM..mane tau dapat..2 ratus sape nak bagi kan..lagipun kerajaan dah tak letakkan limit untuk harga HP yang hendak dibeli..


Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.

Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ..Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.                        
 Lepas ni boleh la beli HP baru..kerajaan pun dah tarik balik limit HP..apalagi Galaxy Note la..haha..
Kat sini aku sertakan link untuk belia yang berminat untuk apply rebat ni;
http://www.skmm.gov.my/

Tiada ulasan: