Tengah syok2 buat wiring kat rumah tiba-tiba aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari pejabat maintenance rumah..panggilannya berbunyi begini..rumah awk dah ada surat lelong katanya..bank nak sita rumah tu..what!!!!!..dalam fikiran aku mula lah terbayang muka owner rumah lama ni..rasa nak seligi je kepala die..memang celaka!!masa mula2 nak beli bukan main manis lagi muka ko..muka macam orang baik2..tapi perangai macam p***..
Macam2 ko tinggalkan kat aku..mula-mula maintenance, pastu parking tak cabut..pastu title tak sain..nasib baik ada jumpa balik title tu..kenapa ada orang macam ni lagi kat dunia..ko tak sayang ke anak bini ko..kalau ko bagitau aku awal2, dah lama aku cancel beli rumah ni..lain kali cakap betul2..ni menganiaya orang ni..aku mintak2 lawyer aku buat kerja..minta2 tak ada benda yang sangkut..macam mane ko duduk rumah tapi tak bayar rumah tu..patutla ada satu bulan aku tak bayar ko buat bodoh je..tertunggak bukan kecik2 anak..sampai 5k tu!!
Kepada semua pembeli rumah yang baru..terutama rumah 2nd hand ni..hati2 lah..manusia sekarang ni macam2 pesen..muka je nampak baik..macam2 niat die simpan..kita tak tau apa yang berlaku kat rumah tu..memang nampak rumah besar, bersih yelah benda kita minat semua nampak ok..bila dia dah serahkan kunci tengok balik rumah tu macam tongkang pecah..dengan bilik air lah rosak la..tile pecah la..dapur rosak lah..hati-hatilah..Aku pun alhamdulillah la kerana lawyer aku cekap menguruskan proses ini..kalau memang lebur lah duit aku renovate rumah tu..
Berikut adalah panduan kepada pembeli rumah second hand macam aku..aku tak nak orang kat luar sana turut tertipu macam aku..
Langkah 1:
Periksa strata/title rumah tersebut..adakah sudah ditukar nama pada penjual kita tu..kalau tidak panjang cerita woo..
Langkah 2:
Hire/lantik peguam yang berkaliber dan boleh di percaya..senang kalau ada ap2 hal..biar yang senang berbicara..peguam ni kalau silap pilih pun lebur gak woo..hangus duit korang die kerjakan..
Langkah 3:
Periksa jadual pembayaran rumah tu dengan bank dia (penjual)..kemungkinan kalau dia miss bayar ke..tengok berapa tunggakkan..agak2 dah 4 ke 5 bulan..abaikan jelah rumah tu..kebanyakkan penjual hendak lepas tangan tunggakkan ni..
Langkah 4:
Kalau rumah tersebut ada tunggakkan maintenance suruh la die setelkan sebelum apa2 hal..aku punya penjual ni memang teruk gila..duduk nak dekat 2 tahun satu sen haram dia tak bayar..memang menyusahkan..
Langkah 5:
Periksa segala macam cukai ke atas rumah tu..suruh dia setelkan tunggakkan tersebut sebelum sain SNP..
Langkah 6:
Jika kesemua benda diatas tiada masalah, bolehla proceed..terpulang kat pembaca semua..nak sain snp ke?nak renovate dulu ke?..tapi seelok2nya, sain snp dulu..agreement/hitam putih dah ada..tak perlu lah nak di risaukan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan