Halaman

5 Februari 2013

PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style). LIVE di Penang (Kos RM2.3 Juta).

TERKINI!!


PSY Datang Malaysia 2013 PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style). LIVE di Penang (Kos RM2.3 Juta). Undi BN Bakal Bertambah?

 “Oppa Gangnam Style” PSY datang ke Malaysia : Bohonglah untuk kami mengatakan tidak pernah menonton video Youtube Gangnam Style oleh PSY, sensasi dari Korea Selatan ini. Ya..memang itu rezekinya.
Popular di seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata dengan hanya satu lagu sahaja. Tetapi…andaikata PSY mahu membuat konsert di Malaysia, dan antara anak kami kononnya beriya-iya mahu menonton persembahan kudanya itu…..adakah kami perlu menurutinya?
Tidak perlu sama sekali. Ini kerana :
  1. PSY sudah boleh dikatakan seorang penyanyi yang bertaraf superstar, artis sedang popular, jadi bolehlah “demand” lebih untuk membuat persembahan. Kalau setakat ada modal ratus-ratus ribu, nasihat kami simpan sahaja duit modal tersebut buat pergi haji. Kalau juta…..mungkin pihak pengurusan PSY boleh pertimbangkan
  2. Daripada bayar mahal-mahal kepadanya, baik kami gunakan duit tersebut untuk perkara yang lebih berfaedah dan membawa kebaikan termasuklah untuk makan pakai keluarga ataupun pergi bercuti.
  3. Kalau dah tidak tahu mahu buat apa dengan lebihan duit tersebut, ada baiknya sedekah kepada golongan yang lebih memerlukan.
Mungkin….lain orang lain caranya. Mungkin ada kalangan yang merasakan apabila menonton persembahan PSY Gangnam Style di Malaysia ini akan terus hilang masalah. Mungkin?

PSY In Malaysia 2013 PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style). LIVE di Penang (Kos RM2.3 Juta). Undi BN Bakal Bertambah?

Terbaru, Barisan Nasional Pulau Pinang akan membawakan khas penyanyi PSY Gangnam Style ke Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Fabruari 2013 di hadapan 60,000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah Perdana Menteri Malaysia.

Butiran Persembahan PSY Gangnam Style LIVE di Penang, Malaysia

  • Acara : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN)
  • Tarikh : 11 Februari 2013
  • Masa : 10 pagi hingga 1 petang
  • Lokasi : Sekolah Tinggi Han Chiang, Penang, Malaysia
  • Jumlah kehadiran : Dijangka 60,000
  • Tetamu Kehormat : Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia)
Live PSY Concert Malaysia PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style). LIVE di Penang (Kos RM2.3 Juta). Undi BN Bakal Bertambah?

Kos Persembahan LIVE PSY di Pulau Pinang Malaysia?

Sebenarnya perancangan membawa masuk PSY Gangnam Style ke Malaysia telah dirancang sejak bulan 10 lagi. Jikalau sebelum ini, konsert K POP semasa berlangsung Hari Belia, sekitar RM2.04 juta telah dibelanjakan bagi membawa masuk artis dan kumpulan Korea ke Malaysia. Dan….pasti ramai yang tertanya-tanya berapa pula kos keseluruhan bagi persembahan PSY GangNam Style ini di Penang, Malaysia kali ini?
  1. Sekitar USD 750 ribu (RM2.3 juta)
  2. Satu lagu sahaja
  3. 60 minit sahaja
Walaubagaimanapun, kenyataan terkini yang kami petik daripada The Malaysia Insider pihak Barisan Nasional Penang mengatakan kehadiran Park Jae-Sang (PSY Gangnam Style) ini telah diatur dan ditaja oleh Ultimate Mega, syarikat yang menguruskan acara kali ini.
Ehem …. RM2.3 juta ditaja. Baik benar budi pihak pengurusan syarikat Ultimate Mega sehingga sanggup menaja berjuta-juta semata-mata membawa masuk penyanyi PSY Gangnam Style ke Malaysia yang hanya menyanyi satu lagu untuk persembahan ringkas selama 1 jam?

P/S : Dah la lagu tak paham (ade pn sikit-sikit la macam 'heeeeeiii sexy lady' hehe) pastu satu lagu je perform..mcm xberbaloi pn ade..